Khamis, 6 Oktober 2011

JOM BERFIKIR SEJENAK

MENGAPA FIZIKAL KITA DICIPTA?? APA TUJUANNYA??
1. MATA
Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? [surah al-Ghasyiah:17-20]
  2. TELINGA
“Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yg berdosa, yg mndengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya, oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yg tidak terperi sakitnya” [surah al-Jasiyah:7-8]
3. LIDAH
“…dan janganlah sesetengah daripada kamu mengumpat sebahagian yg lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yg telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yg tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.” [surah al-Hujrat:12] 
4. TANGAN
“Tangan yg diatas (yg memberi) lebih baik dr tangan yg di bawah” [HR Al-Bukhari & Muslim]  
5. PERUT
“Wahai sekalian manusia! Makanlah kamu apa yg ada di bumi dari perkara yg halal lagi baik dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan kerana ia bagimu adalah musuh yg nyata. Sesungguhnya ia menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan supaya kamu berkata terhadap Allah apa yg kamu tidak tahu.” [surah al-Baqarah:168-169]
6. KEMALUAN
“Dan diantara tanda-tanda yg membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yg demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yg menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yg berfikir.” [surah ar-Rum:21]
7. KAKI
“Barang siapa yg berjalan kerana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, Allah akan permudahkannya jalan untuk ke syurga” [HR Al-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad]  Kenali diri walaupun secara ringkas agar kenali pencipta kita..
Allahu’alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan